Harumnya.. kerana dia wali Dia.. aduhai Rabiatul Adawiyah..

Kisah Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
 
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
 
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
 
 
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
 
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
Wassalam.
 
as-syahida**terima kasih

Bidadari Cinta - Ainul Mardhiah..


Bismillahhirrahmanirrahim..

Ya Allah, jika aku dikurniakan seorang suami. Kurniakan aku seorang suami yg beriman dan bertaqwa keatasMu Ya Allah.Agar aku bisa memampan diri sebagai seorang wanita solehah. Mana mungkin judul isteri solehah bisa kugapai jika suami ku tidak mgharapkan aku menjadi sayap kanan dan kirinya utk ke syurgaMu. Dan jika aku dipilih menjadi wanita solehah, izinkan aku menjadi Ketua bidadari buat suami ku. Izinkan aku tetap menjadi bidadari suamiku didunia dan disyurga Ya Allah..Semoga doa ku didengar olehMu.Amin Ya Rabbal A'lamin.....


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Kita tahu bidadari itu cantik..bidadari itu sempurna. Kalau blh nk jadi isteri solehah. Kalau blh nk kirim diri jadi seperti Ainul Mardiah. Ainul Mardhiah nie memang wujud, tp dia bukan org bumi (maksud saya dia nie bidadari la)..dan dia adalah antara ganjaran yg paling besar utk lelaki yang berjuang dan berperang sebaik mungkin di jalan Allah..Dia nie adalah ketua utk semua bidadari.. tersangat2 lah cantik wanita nie sebab sedangkan kalau seorang pengikut dia turun ke bumi, maka akan bertarung bermati-matian lah kaum adam (mana2 lelaki) utk dptkan pengikut dia tue..

Wallahu wa'lam



as-syahida** terima kasih

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan




Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-

Sebelum Peperiksaan :

Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.


Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti. 


Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.



Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.


Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek.




Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.


Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan
diberi kepercayaan oleh mereka.


Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.


Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.


Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.


Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.


Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.


Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.


Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.



*terima kasih pada Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS*

P/S : GOOD LUCK untuk kawan-kawan yang sedang menghadapi peperiksaan... semoga kejayaan menjdi milik anda.... InsyaAllah

hal macam ni pun ada ker??

kadang2 ada banyak perkara yang tak terfikir, tak terlintas mahupun tergambar dalam fikiran...
yang mmg aku takleh tahan, kalo terbaca or tengok perkara2 spontan yg memang funny giler...
mahu orang cakap aku mental kalo aku gelak kuat2, sorang2 plak tuh....
aku share la sket perkara2 yg wat aku senyum n ketawa ni...


*mane2 pihak yg terasa, awal2 aku mohon maaf, ini hanya sebahagian yg aku jumpa kt internet, maybe some say ini joke tapi perkara2 mcm ni sebenarnya ada bahaya serta keburukannya juga so WATCH OUT ye*

NI PLAK SEBAHAGIAN SURAT2 YANG AKU BACA.. REAKSI AKU..?? TERGAMAM PASTU AKU GELAK KUAT2.. HAHAHAHAA


*surat Tijah minta break*


*terima kasih datuk*


*surat mohon cuti*


selesai bab surat menyurat....

NI PLAK APA YANG ANDA LEH NAMPAK KAT JALANRAYA... 
tapi memang slalu nye orang takkan perasan pun...



*haa... joke ape ni..?*





so... ni je yang dapat aku share ngan korang... 
lain2 maybe next time oke...

 P/S walaupun joke ni adalah sesuatu yang funny serta menghiburkan hati, ingatlah bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan.. berwaspada dan berhati-hatilah...

SENYUM SELALU 






Starbucks vs Oldtown White Coffee


HAISHH, tetiba mengidam nak minum kopi..
mama cakap dalam peti cejuk ada kopi ais...
hah?? takpelah... aku cakap nak kuar jap ngan membe...
dalam otak plan nak ke Starbucks..
buka purse, ada sekeping je note RM50...
ermm.. plan B, OldTown Terminal 2...

korang suka KOPI..??
msti dalam kepala korang ngah bayang kan..
kopi PAHIT itam pekat melekat dalam cawan kt kedai mamak..
takpun iklan Kopi Kapal Api Kaw-Kaw..
hehehhee.....tol..??????
ermm cmne kalo aku invite korg g lepak Starbuck or Oldtown 
g minum COFFEE or ICE BLENDED?????
SURE!!! takde yg menolak...!!!
urmmmmm....
ade beza ke... KOPI ngan COFFEE..??
takde ape beza, 
mungkin pada harga, jenama, cara pembuatan serta 'ingredient' je..
but kopi tetap kopi...


hazelnut ice blended coffee ape ntah...


black coffee


coffee with jelly...



FAKTA TENTANG KOPI


1. Kopi ditemui oleh kambing
so tak kira la jenama ape, mahal atau murah, kopi asalnye ditemui oleh Mr. Mbeekkk..

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
ini membezakan kualiti n rasa kopi2 yg korang minum or dalam erti kata kaedah pembuatan la..
kalo org yg wat air 2 takde bakat..
kopi rase gegat la...

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
so jgn salahkan kafein, takmo pahit tambah gula, oke??
kafein juga blh meningkatkan perembesan jus gaster yg menyebabkan gastrik..


4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, 
sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.
ni lagi tak elok... ermmmm

5. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
hah!! sbb tulah student time2 nak exam minum kopi bergelas2...



6. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, 
meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan.





7. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan

8. Kafein boleh membunuh
Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi 
melebihi sehingga 80-100 cawan sehari!!!



psttt : kopi ais mama masih ada dalam peti sejuk... (^_^)v




jatuh cinta lagi dan lagi..

KU TLAH JATUH CINTA..



untuk kesekian kalinya..
~lalalala ouwhhhh~


pssstttt.... not this gurl keyh... LOL
jatuh cinta ngan FOTOGRAFI...
luv..luvv..luvvv a lot... 


p/s: sori zani kidnap pic mu... love u too.. hee ^^'