color of urself...

korang taw tak sebenarnya diri kita ada warna2 tertentu yg menyemarakkan diri kita...
warna2 diri ni sebenarnya akan menunjukkan attitude sebenar diri kita...
malah ia juga secara tak langsung memnaikkan tahap keakinan diri..
lagi satu warna juga bereaksi dengan alam.. 
kira kalau kita guna warna yang betul setiap hari, kita dalam kondisi yg baik la..huhuhu
jom share color ngan aku..

ISNIN - PUTIH 
SELASA - PINK/MERAH JAMBU
RABU - BIRU
KHAMIS - KUNING/OREN/JINGGA
JUMAAT - HIJAU
SABTU - MERAH
AHAD - HITAM

ermm..kalo tanya warna diri sebenar aku, 80% pink, 20% hijau...
tapi feveret color aku, ungu, merah itam.. 
kadang2 aku dikatakan obses nan color2 ni cebab hampir sume barang & 
pakaian aku color ungu hitam n merah... 
hurmm, ni antara koleksi barang2 harian aku yg melambangkan ke'obses'an aku.... 
...huhuhu...


**touch lamp**


*bling2 earphone adiah dr adik aku**


**beg duit**


**spek ungu itam**


**spek merah itam**


**my purple lappy**

hot stuff

huargghhhh..!!! mcm baru bangun tido yg lama..
lama dah takde entry kt blog ni.. bak kato organg noghori, ''koreh dah jari den nak menaip, bongap dah otak den nyusun ayat'' hehehe..
since operation aku stop sementara blogging2 ni.... 
paham2 la kondisi tak mengizinkan..
but now im back... haishhh...
banyak bona den nak bebel ni...
oke lah.. aku sebenarnya nak share ngan korang sume ''hot stuff'' aku..
di mana slalu menjadi ''bahan'' masa aku ke mana2 sbb ianya tak padan ngan usia aku yang dh tua ni..
(huhuhu tua cgt ke aku..?)
by the way ni sume benda yang aku suke..
cebab nya, ianya comel dan unik
(bg aku la..tp klu korang ckp x comel, aku x kisah)..


 **ni sebenarnya penutup mata aku guna masa nak tdo.. aku mmg takleh tido klu terang... 
disebabkan aku ni cm ''owl'', aku berjaga malam tdo siang jadi benda alahh ni cgt berguna tuk aku**


**ni plak stick notes yg adik aku beli kt jepun.. disebabkan aku ni pelupa jd stick note sgt2 la aku perlukan..huhuhu**


**earphone kesayangan aku.. bila sumbat lam tinge nampak cm ada tikus tecik lam tinge aku hehehe.. 
cute kankankan..?? **


**aku kalo dh tdo mmg susah nk mangun, slalu menatang ni lah yg kejutkan aku.. 
mahal tau aku beli menatang ni.. RM2 satu hahahahha**


**ni menatang yg paling aku suka... cekak rabbit tear... 
aku suke sbb ia comel n ada lampu liplap2 wahahaha... 
aku beli kt i-city masa g celebrate bufday BFF aku... 
bila mood sewel aku sampai, aku mmg akan pakai menatang ni huhu**

Glaukoma..

Penyakit mata yang menyebabkan kerosakan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.



Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.



Ramai orang yang mengidapi glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat sahaja. Anda perlu diperiksakan oleh pakar mata untuk mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ini membolehkan rawatan awal diberi sebelum kehilangan penglihatan berlaku.




Glaukoma sudut terbuka ialah yang paling kerap ditemui dan ini terjadi bila saliran air keluar dari mata menjadi tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.


Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil akut) lebih jarang. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tutup dan ini boleh menyebabkan kebutaan kalau tidak dirawat dengan cepat. Biasanya mata yang mengalami serangan akut akan mengalami kemerahan dan kesakitan mata. Ini boleh diiringi oleh sakit kepala sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan bermuntah. Rawatan kecemasan diperlukan dan ini kadang-kadang memerlukan kemasukan ke dalam wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.
Ada 2 jenis lagi penyakit glaucoma iaitu glaukoma secundar, di mana tekanan tinggi dalam mata ialah kerana masalah mata yang lain danglaukoma Kongenital di mana seseorang dilahirkan dengan keadaan ini.



Apakah rawatan untuk glaukoma?

Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.
 
  • Ubat Titis 

  • Rawatan laser

  • pembedahan trabeculectomy

  •