Glaukoma..

Penyakit mata yang menyebabkan kerosakan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.



Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.



Ramai orang yang mengidapi glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat sahaja. Anda perlu diperiksakan oleh pakar mata untuk mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ini membolehkan rawatan awal diberi sebelum kehilangan penglihatan berlaku.




Glaukoma sudut terbuka ialah yang paling kerap ditemui dan ini terjadi bila saliran air keluar dari mata menjadi tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.


Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil akut) lebih jarang. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tutup dan ini boleh menyebabkan kebutaan kalau tidak dirawat dengan cepat. Biasanya mata yang mengalami serangan akut akan mengalami kemerahan dan kesakitan mata. Ini boleh diiringi oleh sakit kepala sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan bermuntah. Rawatan kecemasan diperlukan dan ini kadang-kadang memerlukan kemasukan ke dalam wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.
Ada 2 jenis lagi penyakit glaucoma iaitu glaukoma secundar, di mana tekanan tinggi dalam mata ialah kerana masalah mata yang lain danglaukoma Kongenital di mana seseorang dilahirkan dengan keadaan ini.



Apakah rawatan untuk glaukoma?

Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.
 
  • Ubat Titis 

  • Rawatan laser

  • pembedahan trabeculectomy

  •  

No comments:

Post a Comment